Khamis, 9 Disember 2010

Kursus Asas Perguruan Pasti Wilayah (KAPP) Siri 3 (2010)

Kursus  Asas  Perguruan  Pasti  ( Wilayah  Persekutuan )  telah  diadakan  di  Bangunan  Pasti  Pusat,  Taman  Samudra  Gombak  pada  hari  Sabtu  bersamaan  6  haribulan  November  2010.  Bermula  pada  pukul  8  am  sehingga  11 pm..  Yuran  sebanyak  RM30.00  seorang.

 
   
Penceramah  jempuatan  telah  dijemput  untuk  meraikan  kursus  ini  ialah  Puan  Khairiyah bt  Mohammad( Falsafah  dan  Matlamat  PASTI  Dalam  Konteks  Pendidikan  Islam ),  Puan  Rohaiza ( Buku  Log  Guru  PASTI ),  Puan  Noraini  bt  Hussin  ( Pedagogi ),  dan  Ustaz  Adlin  ( Ceramah  Tasawwur  Islam:  Islam  Sebagai  Ad-deen  atau  Cara  Hidup  Yang  Syumul ).


 



Pendidikan  Pra-sekolah  merupakan  antara  program  yang  penting  ke  arah  membentuk  dan  melahirkan  generasi  bagi  sesuatu  bangsa  atau  umat  dalam  konteks  sistem  pendidikan  masakini.  Oleh  kerana  itu,  umat  Islam  amat  memandang  berat  soat  memberi  pendidikan  asas  kepada  generasi  Islam  khususnya  di  peringkat  atau  usat  asuhan  kanak-kanak  lagi. 






Definasi  Pendidikan  ( Tarbiyyah )  boleh  disimpulkan  sebagai  faktor-faktor  pembinaan  dan  pembentukan  insani  dengan  prinsip-prinsipnya  seperti  segi  rohani,  mental,  akhlak,  dan  material  yang  seimbang,  bagi  membawa  manusia  ke  tahap  kematangan  dan  kesempurnaan. Selain  itu,  guru-guru  telah  diajar  cara  penggunaan  bukulog.  Tujuan  ialah  lmenyediakan  guru  PASTI  yang  terlatih,  kesedaran  yang  tinggi,  komited  dalam  tanggungjawab,  melahirkan  guru  yang  berketerampilan  sebagai  pendakwah,  membantu  organisasi  dan  Parti  PAS,  menambah  keyakinan  ibubapa / penjaga  terhadap  kualiti  para  guru  PASTI  dan  menzahirkan  kemampuan  PASTI. Para  guru  telah  perkenalkan  berbagai  kaedah  pedagogi  iaitu  bidang  sains  yang  mengkaji  prinsip-prinsipa  atau  kaedah-kaedah  dalam  pendidikan  formal.  Pengajaran  ialah  satu  sistem  aktivti-aktiviti  yang  ditujukan  kepada  murid-murid  dengan  tujuan  membawa  perubahan-perubahan  tingkahlaku  dikalangan  mereka.  Strategi  pengajaran  dilaksanakan  demi  untuk  mencapai  objektif  pengajaran. 







Penceramah  terakhir  telah  menerangkan  pengertian  Tasawwur  Islam  iaitu  satu  pemikiran  untuk  melahirkan  sebuah  generasi  rabbani yang  berasaskan  Al-Qur'an  dalam  semua  perkara.  Juga  menerangkan  Keistimewaan  Al-Qur'an,  bahagia  tasawwur,  Institusi  Islam,  ekonomi  Islam,  Perundangan  Islam,  Falsafah  Ibadat,  dan  lain-lain  lagi.




Apa  yang  penting  sekarang  ialah  penglibatan  seluruh  individu  muslaim  terutamanya  pendokong  gerakan   Islam  untuk  bersama-sama  membimbing  serta  memberi  sumbangan  semaksima  mungkin  ke  arah  men anpa  matlamat  dan  hadaf  yang  digariska  serta  menjayakan  cita-cita  yang  luhur  ini.





Para  guru  PASTI  yang  telah  berkursus  harap  jangan  sia-siakan  apa  yang  telah  diajarkan.  Jadilah  guru  yang  beretika dalam  semua  segi  dan  memberi  sebanyak  mungkin  idea-idea  untuk  menjayakan  PASTI  dan  dirimu.  Jangan  lemahkan  semangatmu  dan   jadikan  kirimu  seperti  sebatang  pokok  yang  rimbun  dan  berbuah  lebat.  Peringatan  ini  juga  untukku  dan  kita  semua.