Kursus Asas Perguruan Pasti ( Wilayah Persekutuan ) telah diadakan di Bangunan Pasti Pusat, Taman Samudra Gombak pada hari Sabtu bersamaan 6 haribulan November 2010. Bermula pada pukul 8 am sehingga 11 pm.. Yuran sebanyak RM30.00 seorang.
Penceramah jempuatan telah dijemput untuk meraikan kursus ini ialah Puan Khairiyah bt Mohammad( Falsafah dan Matlamat PASTI Dalam Konteks Pendidikan Islam ), Puan Rohaiza ( Buku Log Guru PASTI ), Puan Noraini bt Hussin ( Pedagogi ), dan Ustaz Adlin ( Ceramah Tasawwur Islam: Islam Sebagai Ad-deen atau Cara Hidup Yang Syumul ).
Pendidikan Pra-sekolah merupakan antara program yang penting ke arah membentuk dan melahirkan generasi bagi sesuatu bangsa atau umat dalam konteks sistem pendidikan masakini. Oleh kerana itu, umat Islam amat memandang berat soat memberi pendidikan asas kepada generasi Islam khususnya di peringkat atau usat asuhan kanak-kanak lagi.
Definasi Pendidikan ( Tarbiyyah ) boleh disimpulkan sebagai faktor-faktor pembinaan dan pembentukan insani dengan prinsip-prinsipnya seperti segi rohani, mental, akhlak, dan material yang seimbang, bagi membawa manusia ke tahap kematangan dan kesempurnaan. Selain itu, guru-guru telah diajar cara penggunaan bukulog. Tujuan ialah lmenyediakan guru PASTI yang terlatih, kesedaran yang tinggi, komited dalam tanggungjawab, melahirkan guru yang berketerampilan sebagai pendakwah, membantu organisasi dan Parti PAS, menambah keyakinan ibubapa / penjaga terhadap kualiti para guru PASTI dan menzahirkan kemampuan PASTI. Para guru telah perkenalkan berbagai kaedah pedagogi iaitu bidang sains yang mengkaji prinsip-prinsipa atau kaedah-kaedah dalam pendidikan formal. Pengajaran ialah satu sistem aktivti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkahlaku dikalangan mereka. Strategi pengajaran dilaksanakan demi untuk mencapai objektif pengajaran.
Penceramah terakhir telah menerangkan pengertian Tasawwur Islam iaitu satu pemikiran untuk melahirkan sebuah generasi rabbani yang berasaskan Al-Qur'an dalam semua perkara. Juga menerangkan Keistimewaan Al-Qur'an, bahagia tasawwur, Institusi Islam, ekonomi Islam, Perundangan Islam, Falsafah Ibadat, dan lain-lain lagi.
Apa yang penting sekarang ialah penglibatan seluruh individu muslaim terutamanya pendokong gerakan Islam untuk bersama-sama membimbing serta memberi sumbangan semaksima mungkin ke arah men anpa matlamat dan hadaf yang digariska serta menjayakan cita-cita yang luhur ini.
Para guru PASTI yang telah berkursus harap jangan sia-siakan apa yang telah diajarkan. Jadilah guru yang beretika dalam semua segi dan memberi sebanyak mungkin idea-idea untuk menjayakan PASTI dan dirimu. Jangan lemahkan semangatmu dan jadikan kirimu seperti sebatang pokok yang rimbun dan berbuah lebat. Peringatan ini juga untukku dan kita semua.